Tuesday, 10 January 2012

Part 6 :: Manukan Island

.. Assalamualaikum .. 

Dalam banyak-banyak pulau di Kota Kinabalu, mashi cadangkan untuk pergi ke Pulau Manukan .. Dipendekkan cerita memang tak menyesal keluar duit nak pergi sana .. boleh Snorkeling lihat ikan yang berwarna-warni .. rindu mahu pergi sana lagi (vv.)

Kalau kawan-kawan berkunjung ke Kota Kinabalu, jangan lupa Tunku Abdul Rahman marine Park terdapat 3 pulau iaitu Pulau Sapi, Pulau Mamutik, Pulau Manukan boleh pergi ke Jesselton Point Ferry Terminal untuk tempahan trip ke sana..  Mashi nak kongsi satu tip@petua untuk dapatkan harga trip yang TERBAIK murah:-
-jangan terburu-buru untuk beli pakej di kaunter jualan.
-sila buat survei harga terlebih dahulu dan kalau ada 10 kaunter yang buka, sila pergi ke setiap kaunter dan tanya harga termurah boleh dia bagi. [sila buat aktiviti tanya menanya dalam suara yang pelahan sangat, takut kaunter lain dengar]

Dari pengalaman sendiri:- Mashi nak pergi trip ke Pulau Manukan pada hari selasa, petang isnin pergi la Jesselton Point Ferry Terminal untuk tempah pakej.  Mula-mula pergi kaunter A dia bagi harga RM18, kaunter B harga RM16 (wow lagi murah), last pergi kaunter C dia memang bagi harga RM13 .. jadi kesimpulan yang dapat dibuat, kena buat muka tak malu untuk pergi ke setiap kaunter untuk dapatkan harga yang termurah .. barulah berbaloi-baloi  hehe

bot untuk ke pulau

jalan ke bot

welcome to manukan island

memang best cuci mata kat sini hehe

indah ciptaan tuhan

banyak nyer ikan

spesis2 ikan yang ada di sini

luas mata memandang

siapa tak pandai berenang, pakai life jaket ketat2 ye..

rindunyer suasana ni

boleh buat macam2 aktiviti laut
[cian dia sorang2 dekat sebelah kiri tu]

8 comments:

akuamir said...

perggh,, untungla untungla untunglaaa... :D

dyabunga said...

bestnye..nk pergi jugak...

Mr. Sepet said...

bestnya . . nak ikut gak .

mashitah ismail said...

amir:- alhamdulillah, rezeki mashi dh sampai sana dahulu... amir pun boleh pergi jugak..tggu airasia buat promotion k... ^_^

mashitah ismail said...

dya:- jom2..boleh mashi jd pemandu pelancong dya nnt.. ^^,

mashitah ismail said...

mr.sepet:- pergi ramai2 lagi best..boleh buat rombongan utk blogger2..best tak idea tu? :)

QasehnyaRania said...

su suka sipadan island..teringin nak pergi sama..tapi view2 ini membuatkan hati ini tertarik2 aje..

mashi juga tolong email k
lobaksusue@gmail.com
nama alamat dan no phone

mashitah ismail said...

qasehnyarania:- pulau sipadan selalu masuk TV sebab lanun..hehe takut la nak g sane.. tapi sipadan mmg the best island in the world..

mashi dh email dh ^_^