Monday, 16 January 2012

Apa tu Marimo Moss Ball??

.. Assalamualaikum ..

海の友達 [Umi no tomodachi]

Hari ini merupakan hari belajar bahasa Jepun .. Marimo Moss Ball atau dalam bahasa Jepun ialah マリモ苔玉 [Marimo koketama] .. Mashi dah jatuh hati dengan Marimo ni sebab ia senang nak dipelihara ..

Ciri-ciri:
1. 1cm-1.5cm nano marimo moss ball dari Jepun
2. tidak memerlukan makan, lampu khas atau pemanas
3. Penyelenggaraan –marimo adalah haiwan peliharaan yang mampu bertahan dengan menukar air setiap minggu dan pendedahan kepada cahaya.
4. boleh membiak dan membesar untuk 5mm setiap tahun.
5. marimo boleh membesar sehingga 95 cm dan hidup sehingga 200 tahun.

Bagaimana mahu membuat Marimo happy??
1. Tukar air seminggu sekali. Jangan biarkan ia lebih daripada empat minggu tanpa menukarkan air di dalam bekas.
2. Hanya menggunakan air paip sahaja.
3. Jangan dedahkan marimo kepada cahaya matahari 100%.
4. Jangan biarkan marimo kepada panas melebihi suhu 35 darjah.
5. Sewaktu proses menukar air, perlahan-lahan mengurut dan memeraj keluar kotoran daripada Marimo Moss Ball.
6. Jangan sesekali cuba untuk memecahkan Marimo untuk membiakkan nya.. [mati nanti marimo tu]
7. Bila ternampak marimo mengalami perubahan warna keputih-putihan atau kekuningan, cepat2 tambahkan sedikit garam ke dalam air.
8. Untuk mempercepatkan pertumbuhan Marimo, letakkan baru-batu Kristal atau pasir karang ke dalam air.
9. Tanda-tanda Marimo Moss Ball sudah mati, ia akan bertukar ke warna hitam atau coklat..

Untuk maklumat lanjut, sila layari
::Marimo::
::sumber dari google::


Mashi dah beli 6 ekor marimo dari sini .. letak di pejabat sebab dekat rumah tak ada orang nak bercakap dengan marimo ni ..

marimo ni pandai nak duduk berdua-dua

hobi baru :: pelihara marimo ^_^
 Kawan2 yang nak tengok lebih dekat marimo moss ball boleh datang ke bilik mashi (=^.^=)
 
jom semua klik sekali dekat 'red bird' mashi!!
[cian dia sorang2 dekat sebelah kiri tu]

11 comments:

Ca Cik Duyung said...

binatang ke tumbuhan nie?? erk.

Ca Cik Duyung said...

ok..bru bace kat link tu..hehe

comel.. :)

Noor Nazrah said...

NNT AKU BELI JUGAK LAA....TERINGIN PLAK HAHAHA..

mashitah ismail said...

Ca Cik Duyung::- hehe marimo ni kategori aqua plant... comel jer kn.. ^_^

mashitah ismail said...

noor nazrah::- xpela...nnt klau marimo ni membiak, aku bg ko sekor ye...

akuamir said...

haih,, dok jepun dah ke??
eh mashita,, apsal nuffnang lambat sangat?? dalam 200 unik click pon baru rm1 eh?? bukan satu click 20 sen?? haha

mashitah ismail said...

amir::- dekat malaysia je ni..

hehe nuffnang mmg lambat sikit...1 IP komputer dikira sekali jela...mne bleh klik byk2 kali dgn 1 IP jer...

Cik Cempaka said...

lambatnyer dia membesar, dah la hidup lama..nanti kalau kita dah mati..saper nak tukar air dia..uwaaaa...ish emo plak..

ComeL lah benda ni ^^

mashitah ismail said...

cik cempaka:- marimo ni haiwan aqua..kalau malas nak bela dh...hantar dia balik jepun semula hehehe...

CC suka ke?? nnt klau dia membiak, mashi pos sekor ye...

Lucas Ting said...

Marimo is super cute. So do come to my page to read 5 things you must know about marimo!

Ninie said...

Hihi...comel kan marimo. Ninie ada around 20 biji dh berbagai saiz. sbb kt UK menda ni murah sgt2...berbeza ngn harga kt malaysia. Suka sgt2 marimo...hihi. Dh ada mcm2 saiz. Plg besar ninie ada yg sebesar buah delima, umur 20tahun. Ada masa jemput ke blog nini tgk marimo:
http://thebeautyofsplendid.blogspot.co.uk/2016/04/marimo-world-3-small-marimo-online.html