Wednesday, 12 October 2011

Pasar Baru, Bandung Indonesia

:-sambung cerita dari SINI


Kawan-kawan yang merancang shopping barang-barang untuk hari raya, kahwin, tunang, dll memang sesuai sangat pergi ke sini.  Tapi ingat! jangan lupa simpan duit dari sekarang, rugi kalau bawak rupiah sikit ke bandung. 

supir yang cadangkan

special:- ayam penyet dia sedap!
seroja jaya:- kedai menjual dengan harga borong
Seroja Jaya
Pasar Baru Lt.2 Blok A1 No.86
Tel: 022-91677578

home made:- lawa baju-baju blouse
KAMIDIA
Pasar Baru Lt. 1 Blok A2 No. 35-36
Tel: 022-72558050
ini la kedai 'kamidia'

eh kepala siapakah ini??

yang gantung-gantung tu kan...cuba teka?

salsabila!!
cantik semua..tapi sayang belum masa lagi nak kahwin..

murah wei

boleh tahan harga kat sini..

tokey kain sarung.. puas pujuk minta kurang harga..
MUTIATEX
Pasar Baru Lt. 1 Blok A2 No. 55-56
Tel: 022-91778885


kedai jual kain silk yang murah jugak la..
Citra textile
Pasarbaru Trade Center Bandung
Lt. 2 Blok A1 No. 77-78, Blok B1 No. 50-51
Tel: 022-4245924


beli swimming suit kat sini la Rp165,000

Rp 25,000 = RM ???

kena pandai tawar menawar
roti

menjual pakaian muslim (orang lelaki)

abah tengah rambang mata pilih mana 1 nak..hehe

toko anak kecil

Tip-tip ke bandung:-

1.  Kalau boleh sebelum memulakan aktiviti shopping moping, lebih baik makan kenyang-kenyang di lantai 6 (aras 6) foodcourt di pasar paru makanan dia sedap-sedap harus dicubai yuk..hehe


2.  Tukar la duit RM ke Rupiah banyak-banyak sebelum ke sana .. sebab gerentinya tak cukup .. kadar tukaran di indonesia mahal berbanding di malaysia ..
Contoh:- Malaysia  :- RM 355 = Rp 1 juta..
                Indonesia :- RM 367 = Rp 1 juta..
hari tu mashi tukar duit kat money changer di IOI Mall Puchong kat wing lama (bawah tangga), name dia Galaxy money changer.. jangan pergi money changer kat wing baru sebab rate dia lebih mahal dari Galaxy...


3.  Di pasar baru, akan ada adik-adik yang jual barang2 souvenir .. kalau taknak beli cakap jer "tak mahu @ dah beli " .. tapi kalau nak beli kena pandai tawar sebab selalu harga dia bagi 2x ganda dari harga asal.


4.  Kalau mahu membeli kain ela yang telah siap dalam bungkusan, minta jurujual ukur semula sebab penah ada kes kain tak cukup meter...keciankan dah tak jadi baju...


5.  Beli kain Telekung pun sama harus suruh jurujual cuba/testing pakai takut kot-kot terbeli yang kecil..kan dah rugi...


6.  Kepada peminat-peminat baju blouse, kalau nak beli baju pilih saiz 1 lebih besar, contoh:- mashi saiz sebenar 'M' jadi kena la beli baju bersaiz 'L'..sebab orang indonesia kecil molek dari orang Malaysia..cuba saiz dulu ye kawan-kawan sebelum bayar..


7.  Jangan guna kad kredit di Pasar Baru, pernah ada kes kad kredit di palsukan di sana.

2 comments:

Anonymous said...

afzan over gambar terakhir haha

mashimaro said...

afzan?? hehe aper yg over nyer..