Tuesday, 14 February 2012

Dearland Park, Bukit Rengit, Lanchang, Pahang

.. Assalamualaikum ..

Hai .. Apa khabar? Sihat tak? Mashi doakan kawan-kawan sihat sejahtera .. AMIN .. ^_^

Hujung bulan Januari hari tu mashi+family jalan2 ke Dearland untuk menunaikan impian si kecil ADAM ..

Kawan-kawan yang mempunyai impian sama seperti ADAM boleh melalui Lebuhraya Pantai Timur(LPT) dan susur keluar ke Lanchang dan cari arah ke Kuala Gandah/Bukit Rengit .. jangan risau kalau takut sesat sebab di sepanjang jalan akan ada papan tanda .. [nak senang guna google map]

Bayaran masuk ke Dearland Park adalah berpatutan ::
3orang dewasa + seorang kanak-kanak + 2 bekas makanan = RM21


Jom layan gambar-gambar di sana (^^.)
Pintu masuk ke Dearland Park
ADAM :: senyum la sikit!!

dapat 2 bekas makanan sebelum sampai ke tempat rusa 

aktiviti memberi makan (rusa ni macam tak makan sehari) berebut2! he he he

sebelah ladang rusa ada beberapa burung unta, nak bagi makan kena ada caranya [takut tangan2 sekali dia makan :) ]

mai tengok, rusa liar dah balik kandang!!

Siapa tahu bezakan jantina haiwan ni??

hehe si Jantan mempunyai bulu yang berwarna warni, si Betina mempunyai bulu berwarna coklat sahaja ..
see (^^)

memang tema 'angry bird' adam ni

nampak ke tulisan note tu?

ULAR ?? siapa pernah mimpi ular ^^,

KUCING ni kan .. sombong giler .. mashi 'meow2' tapi dia buat dek jer .. BENCI!!

see ^^,

haiwan di sini comel2

 :: Kaunter tiket ::
Kesimpulan yang dapat dibuat adalah, tempat ini sangat sesuai untuk aktiviti bersama keluarga tersayang.  Ia dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim disamping memberi pembelajaran kepada kanak-kanak.

Alamat:
Deerland Park
No 67, Jalan Zabidin,
28400 Mentakab,
Pahang Darul Makmur.

Dibuka setiap hari [kecuali Jumaat]
10.30 pagi - 5.00 petang

Kadar bayaran masuk:
Dewasa: RM5
Kanak-kanak bawah 12 tahun: RM3

Tel: 6013 967 6242, 6013 988 1345

Faks: 609 277 9305


:: maklumat lanjut berkaitan dearland ::

jom semua klik sekali dekat 'red bird' mashi!!
[cian dia sorang2 dekat sebelah kiri tu]

2 comments:

QasehnyaRania said...

Wow..cam best j....kalu da ank -ank baru best g sana kan

mashitah ismail said...

bawak anak saudara pun meriah jgk su... (^^)