.. Assalamualaikum ..
Hai .. Apa khabar? Sihat tak? Mashi doakan kawan-kawan sihat sejahtera .. AMIN .. ^_^
Hujung bulan Januari hari tu mashi+family jalan2 ke Dearland untuk menunaikan impian si kecil ADAM ..
Kawan-kawan yang mempunyai impian sama seperti ADAM boleh melalui Lebuhraya Pantai Timur(LPT) dan susur keluar ke Lanchang dan cari arah ke Kuala Gandah/Bukit Rengit .. jangan risau kalau takut sesat sebab di sepanjang jalan akan ada papan tanda .. [nak senang guna google map]
Bayaran masuk ke Dearland Park adalah berpatutan ::
3orang dewasa + seorang kanak-kanak + 2 bekas makanan = RM21
Jom layan gambar-gambar di sana (^^.)
Pintu masuk ke Dearland Park |
ADAM :: senyum la sikit!! |
dapat 2 bekas makanan sebelum sampai ke tempat rusa |
aktiviti memberi makan (rusa ni macam tak makan sehari) berebut2! he he he |
sebelah ladang rusa ada beberapa burung unta, nak bagi makan kena ada caranya [takut tangan2 sekali dia makan :) ] |
mai tengok, rusa liar dah balik kandang!! |
Siapa tahu bezakan jantina haiwan ni?? |
hehe si Jantan mempunyai bulu yang berwarna warni, si Betina mempunyai bulu berwarna coklat sahaja .. |
see (^^) |
memang tema 'angry bird' adam ni |
nampak ke tulisan note tu? |
ULAR ?? siapa pernah mimpi ular ^^, |
KUCING ni kan .. sombong giler .. mashi 'meow2' tapi dia buat dek jer .. BENCI!! |
see ^^, |
haiwan di sini comel2 |
:: Kaunter tiket :: |
Kesimpulan yang dapat dibuat adalah, tempat ini sangat sesuai untuk aktiviti bersama keluarga tersayang. Ia dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim disamping memberi pembelajaran kepada kanak-kanak.
Alamat:
Deerland Park
No 67, Jalan Zabidin,
28400 Mentakab,
Pahang Darul Makmur.
No 67, Jalan Zabidin,
28400 Mentakab,
Pahang Darul Makmur.
Dibuka setiap hari [kecuali Jumaat]
10.30 pagi - 5.00 petang
Kadar bayaran masuk:
Dewasa: RM5
Kanak-kanak bawah 12 tahun: RM3
Tel: 6013 967 6242, 6013 988 1345
Faks: 609 277 9305
Email: kraunaturepark@yahoo.com.my
:: maklumat lanjut berkaitan dearland ::
jom semua klik sekali dekat 'red bird' mashi!!
[cian dia sorang2 dekat sebelah kiri tu]
2 comments:
Wow..cam best j....kalu da ank -ank baru best g sana kan
bawak anak saudara pun meriah jgk su... (^^)
Post a Comment