Friday 4 November 2011

Home Made:- Puding Trifle

.. Assalamualaikum ..

Hari ini kita belajar buat "Puding Trifle" ye kawan-kawan .. mashi buat sebab ada projek 'potluck' kat pejabat .. nak ke! taknak ke! kena la cari menu yang senang+cepat dibuat ..
bahan-bahannya
5 bahan utama untuk membuat Puding Trifle:-

1 Swiss roll kek
1 tin Buah-buahan campur
1 tin Susu cair + 1 tin air masak
1 kotak serbuk agar-agar (NONA) + 400ml air masak
4 sudu tebung custard + 1/2 cawan air masak
pisau dan cutter mat
kita mulakan aktiviti dengan memotong 'swiss roll' mengikut cita rasa .. 1 swiss roll cukup utk buat 1 bekas .. lepas potong, kena susun menjadi 1 lapisan yang padat (jgn bg ruang walaupun sedikit) ..




susun rapat-rapat

Penyediaan lapisan kedua, perlu berhati-hati dalam bancuhan sebab takut tepung custard berketul-ketul dalam susu cair..
Petua dari orang tua:-
1.bancuh terlebih dahulu 4 sudu tepung custard bersama 1/2 cawan air masak .. kacau sehingga tepung custard larut .. (bancuhan A)
2.panaskan susu cair di dalam periuk bersama sukatan 1 tin air masak ..
(bancuhan B)
3.campurkan bancuhan A ke dalam bancuhan B .. kacau sehingga bancuhan menjadi pekat @ mendidih .. (adunan C)
(jangan tinggalkan kena kacau sampai masak..
4.angkat adunan C yang telah siap dimasak dan tuang semua adunan C ke dalam bekas yang disusun 'swiss roll' tadi.




susu cair + air masak

tepung custard + air masak

Mashi guna buah dalam tin sebab senang .. mesti asingkan buah dari sirap dan susun buah di bekas tadi mengikut 'suka hati' .. (^^,)

gunakan penapis untuk asingkan buah dari sirap

mashi susun suka hati
Sekarang proses untuk memasak agar-agar, kenapa mashi pilih NONA?? sebab nona dah siap ada gula jadi tak perlu letak gula lagi .. senang ..
1.Sukat air masak+sirap(hasil buah dlm tin tadi) sebanyak 400ml .. kemudian masak bersama-sama serbuk agar-agar NONA ..
2.Bila dah mendidih angkat dah tuangkan pelahan-pelahan ke dalam bekas di atas ..
3.Sepantas kilat!! terus masukkan bekas yang telah siap dilapis-lapiskan tadi ke dalam peti sejuk ruangan beku(ais) .. supaya agar-agar cepat keras ..

masak sehingga mendidih
Akhir sekali bila agar-agar dah keras .. boleh tuangkan 'whipping cream' atau pun 'yogurt' untuk menyedapkan lagi puding trifle kawan-kawan ..
puding yang berlapis-lapis
persaingan senget ni...menu sape yang abis dulu??

1 jam pertama



3 jam kemudian


Selamat Mencuba
terima kasih daun keladi (^^,)

 
jom ramai2 tolong lepaskan 
"anak burung"

8 comments:

Day dET said...

wow ! sedapnyer nampak . pandai mashi buat . nk suruh tlg buatkan boleh ?

mashitah ismail said...

boleh daydet...
nak buka kedai pon ok jgk..
hehe
(^^,)

Nava Krishnan said...

Very colorful pudding and looks tempting also.

QasehnyaRania said...

trifle mmg sedap...layannnn

jom masuk contest lg....cik su tag mashi kt blog kita...g ler melawat

ctk said...

w3ah..pandai buat puding..boley bljr neh..thank :D

mashitah ismail said...

@nava: let try ! :)

mashitah ismail said...

Qasehnya: insyaallah nnt mashi cuba ye...

mashitah ismail said...

Ctk: cuba la buat..senang jer.. Hehe