Thursday 23 February 2012

Segmen Tambah Follower Tanpa Blogwalking by MD

.. Assalamualaikum ..


Klik Banner utk join (^^)

 "I follow you, follow me back"
Segmen nie adalah satu peluang keemasan utk blogger2 macam mashi untuk tambah kawan2 .. suka suka suka (^_^) ..

Bak kata Mr Doctor [MD] ::

Kadang-kadang disebabkan jumlah follower yang ramai membuatkan kita terus bersemangat untuk mempertingkatkan mutu blog kita.. InsyaAllah, kalau entry kita menarik, pasti followers ni akan datang jenguk jugak blog kita suatu hari nanti melalui dashboard..

Mashi nak tanya MD boleh tak?

Kalau segmen nie dapat penyertaan yang banyak mesti ada byk group2
Contoh : A, B, C, D . Setiap group ada 50 orang blogger dan nama mashi di dalam group A. Boleh tak kalau mashi nak follow blogger yang dalam group B, C, D atau mashi hanya boleh follow ahli dalam group A sahaja?

Mashi pilih :: 1 group = 50 orang

(^_^)

- tag kawan-kawan -

jom semua klik sekali dekat 'red bird' mashi!!
[cian dia sorang2 dekat sebelah kiri tu]

Wednesday 22 February 2012

Wordless Wednesday :: Apa ni cuba teka?? ::

.. Assalamualaikum ..

Apakah nama minuman ini??
 uUu sedap gile!!
[nyummy]

hari2 minum !! demok la mashi


jom semua klik sekali dekat 'red bird' mashi!!
[cian dia sorang2 dekat sebelah kiri tu]

Sunday 19 February 2012

Kenapa Dato' K bagi Siti Strawbery Coklat??

.. Assalamualaikum ..

Sebab Strawbery Coklat rasanya sedap!! Sesuatu yang lazat/sedap jika dikongsi bersama-sama orang yang tersayang akan memberi impak yang sangat dalam [jiwang pulak mashi ye] .. Mentang2 pergi Cameron Highland (CH) ..hehe.. Mashi menumpang tuah ibu mengandung jer .. Ibu Qalish teringin makan buah strawbery fresh .. beruntung kalau ada ramai kakak ipar ni boleh tumpang sekaki (^^)

Mula-mula mestila pergi ke kebun strawbery kan ..
kedai yang dimaksudkan
Jalan2 tengok harga dulu sebelum membeli [cuci2 mata]
aiskrim = sedap, Strawbery coklat = sedap2


Cara-cara membuat strawbery coklat:-
1. Cucuk-cucukkan buah strawbery dan celup ke dalam cecair coklat seperti di atas [hati2 sebab panas]
2. Tara..dah boleh makan .. nak sedap tunggu sampai coklat tersebut keras dulu [feel perut lapa je]

perasan tak?? qalish dh botak hehe
 

Nak tengok qalish yang COMEL??

jom semua klik sekali dekat 'red bird' mashi!!
[cian dia sorang2 dekat sebelah kiri tu]

Saturday 18 February 2012

Minat + Hobi = Hadiah (>.<)

.. Assalamualaikum ..

Meow .. Meow .. Meow

Dari kecik di rumah memang ada kucing .. semua jenis kucing jalanan .. ada yang datang dan ada yang pergi [meninggal dunia] .. Nangis tak?? orang yang tak ada perasaan jer tak menangis ni tau!!.. waaaaaa (T.T)

Sejak menjadi seorang blogger [yang jarang update blog nyer], blog yang menjadi kegemaran adalah blog yang banyak bercerita tentang KUCING dan MeowMania .. berbalik kepada cerita asal .. kak ita tuan tanah http://itajeffcats.blogspot.com/ bagi hadiah .. bab2 hadiah ni memang kegemaran mashi [free memang semua orang suka ^^ ]

terbukti kak ita memang seorang peminat kipas susah mati 'meow meow'

cantik tulisan kak ita (^_^)

rasa sayang nak guna .. cantik gambar kucing tu

meow meow .. eh nape diam je?

Mouse pad!! lepas ni mesti mouse cabut lari hehe
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pemilik blog Me and My Furry Family kerana sudi pos express ke rumah mashi .. Jom ramai2 skodeng blog di atas, memang korang tak akan menyesal!

(^^.)


jom semua klik sekali dekat 'red bird' mashi!!
[cian dia sorang2 dekat sebelah kiri tu]

Friday 17 February 2012

Mini Phone Straps by Cik Cempaka [CC]

.. Assalamualaikum ..


Apa yang boleh mashi luahkan .. CANTIK gile!! Terima kasih CC sebab pilih mashi untuk jaga budak nakal nie .. BUKTI

tengok ramai2 .. cantik tulisan CC
Ini adalah Mini Phone Straps yang dibuat sendiri oleh CC .. kepada kawan2 yang teringat nak satu , boleh ramai2 tempah di SINI SINI

kawan2 nampak tak perkataan apa di dalam 'love' tu??

lepas ni, budak nakal akan sentiasa di Hp mashi .. [jgn curi2 dengar ye]


jom semua klik sekali dekat 'red bird' mashi!!
[cian dia sorang2 dekat sebelah kiri tu]

Thursday 16 February 2012

Pasar Tani Bandar Baru Bangi

.. Assalamualaikum ..

Kalau hidup single nak jalan2 ke pasar memang best sebab tak payah fikir nak mengelak jalan dari lalu kawasan yang menjual barangan mainan kanak-kanak hehehe ^_^

Setiap hari sabtu, jom ramai2 pergi pasar tani di Bangi (alamat?? mashi tak tahu nak jelaskan macam mna) .. kepada yang tinggal area Putrajaya @ Bangi mesti wajib tahu kan?? harga??boleh tahan dan berpatutan dari harga pasar tani Putrajaya .. Itu aja kesimpulan yang mashi boleh bagi ..


sedap nyer .. terliur tak??
rajin kawan mashi ni beli sayur

kalau goreng pun sedap

mencari fishcake AAA

jom semua klik sekali dekat 'red bird' mashi!!
[cian dia sorang2 dekat sebelah kiri tu]

Wednesday 15 February 2012

2nd Prize Winner for AM loves Blogs Competitio​n

.. Assalamualaikum ..

Di suatu tengahari yang sunyi :-

Jenny : Mashi! ada parcel untuk ko kat kaunter.
Mashitah : Parcel?? [siapa pulak yang baik hati hantar nie]-dalam hati
Jenny : Pergi la turun ambil!
Mashitah : Ala .. aku baru je turun pergi cafe [muka kesian] .. ko jela tolong ambilkan boleh?
Jenny : Boleh no hal tapi lambat sikit, boleh?
Mashitah : Eee .. yela2 aku turun sendiri .. (T.T)

Sepantas kilat pergi ke lift dan tekan 'button' 1

Mashitah : Encik, saya nak ambil parcel.
P.B : Ok ambil kat sana.

Wah..besar gila parcel ni .. bau!! wangi pulak tu (^^,) satu lift melekat dengan bau parcel ni [tipu jer]


Nama Penerima betul "Mashitah binti Ismail" .. sekali tengok nama pengirim "Adorable Muslimah Enterprise" .. Wah cepat nyer hadiah sampai!! Syukur alhamdulillah, mashi menang contest yang pihak adorable muslimah buat hari tu .. klik SINI SINI untuk tahu cerita sebenar dan jumlah 'like' yang mashi dapat KUMPUL .. Ucapan ribuan terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi tukar2 'like' dengan mashi ^^

Ok mesti ramai yang nak tahu apa hadiah yang mashi menang kan?? suka sangat2 ..

terima kasih daun keladi
kalau buat contest, boleh mashi join lagi!!

kad ni berbau WANGI!! cuba cium..wangi tak?? ^^
Bisnez card AM (cantik doodle)

Tema AM
hehe saja jer buat kawan-kawan debar2 tunggu ^^ .. siapa nak sebijik macam yang mashi dapat ni boleh ramai2 pergi ke www.adorablemuslimah.com :: berbaloi-baloi sebab mashi dapat free (>.<)



Terima kasih kepada pihak AM kerana bermurah hati mengadakan contest ini dan juga tidak dilupakan blogger Abg Ben kerana tidak jemu2 m'iklankan contest AM loves Blogs Competition (=^.^=)
jom semua klik sekali dekat 'red bird' mashi!!
[cian dia sorang2 dekat sebelah kiri tu]

Wordless Wednesday :: angry birds VS rabbit

.. Assalamualaikum ..


(=^.^=)
cerita apa disebalik gambar ini??


jom semua klik sekali dekat 'red bird' mashi!!
[cian dia sorang2 dekat sebelah kiri tu]

Tuesday 14 February 2012

Dearland Park, Bukit Rengit, Lanchang, Pahang

.. Assalamualaikum ..

Hai .. Apa khabar? Sihat tak? Mashi doakan kawan-kawan sihat sejahtera .. AMIN .. ^_^

Hujung bulan Januari hari tu mashi+family jalan2 ke Dearland untuk menunaikan impian si kecil ADAM ..

Kawan-kawan yang mempunyai impian sama seperti ADAM boleh melalui Lebuhraya Pantai Timur(LPT) dan susur keluar ke Lanchang dan cari arah ke Kuala Gandah/Bukit Rengit .. jangan risau kalau takut sesat sebab di sepanjang jalan akan ada papan tanda .. [nak senang guna google map]

Bayaran masuk ke Dearland Park adalah berpatutan ::
3orang dewasa + seorang kanak-kanak + 2 bekas makanan = RM21


Jom layan gambar-gambar di sana (^^.)
Pintu masuk ke Dearland Park
ADAM :: senyum la sikit!!

dapat 2 bekas makanan sebelum sampai ke tempat rusa 

aktiviti memberi makan (rusa ni macam tak makan sehari) berebut2! he he he

sebelah ladang rusa ada beberapa burung unta, nak bagi makan kena ada caranya [takut tangan2 sekali dia makan :) ]

mai tengok, rusa liar dah balik kandang!!

Siapa tahu bezakan jantina haiwan ni??

hehe si Jantan mempunyai bulu yang berwarna warni, si Betina mempunyai bulu berwarna coklat sahaja ..
see (^^)

memang tema 'angry bird' adam ni

nampak ke tulisan note tu?

ULAR ?? siapa pernah mimpi ular ^^,

KUCING ni kan .. sombong giler .. mashi 'meow2' tapi dia buat dek jer .. BENCI!!

see ^^,

haiwan di sini comel2

 :: Kaunter tiket ::
Kesimpulan yang dapat dibuat adalah, tempat ini sangat sesuai untuk aktiviti bersama keluarga tersayang.  Ia dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim disamping memberi pembelajaran kepada kanak-kanak.

Alamat:
Deerland Park
No 67, Jalan Zabidin,
28400 Mentakab,
Pahang Darul Makmur.

Dibuka setiap hari [kecuali Jumaat]
10.30 pagi - 5.00 petang

Kadar bayaran masuk:
Dewasa: RM5
Kanak-kanak bawah 12 tahun: RM3

Tel: 6013 967 6242, 6013 988 1345

Faks: 609 277 9305


:: maklumat lanjut berkaitan dearland ::

jom semua klik sekali dekat 'red bird' mashi!!
[cian dia sorang2 dekat sebelah kiri tu]