Monday 31 October 2011

Kemalangan di Kota Kinabalu


Assalamualaikum

.. salam takziah ..

.:update 10.38pm, 31.10.2011:.
[sumber:- hot fm & berita harian online]

Pada pukul 5.00ptg tadi, sebuah kereta api sabah dalam perjalanan dari Stesen Tanjung Aru ke Papar merempuh sebuah lori tangki di lintasan berhampiran sebuah stesen minyak di Petagas dekat Kota Kinabalu petang tadi.  Lori tangki minyak itu mengalami kerosakan enjin di atas landasan kereta api dan jumlah terkorban 18 orang.



.:update 8.33am, 1.11.2011:.
[sumber:- berita harian]

Gegaran akibat letupan kuat dirasai sekitar Petagas

KOTA KINABALU: Kira-kira 200 penumpang kebanyakannya kakitangan kerajaan nyaris maut apabila kereta api dinaiki mereka merempuh sebuah lori tangki bermuatan 27,000 liter petrol yang menyebabkan letupan kuat di lintasan kereta api haram berhampiran Kilometer 5, Jalan Kota Kinabalu-Putatan, Petagas, dekat sini, semalam.
Letupan itu menyebabkan gegaran kuat di sekitar Petagas dengan asap tebal boleh dilihat dari jarak kira-kira lima kilometer (km), selain kesesakan lalu lintas yang teruk sepanjang kira-kira 10 km dari Jalan Kota Kinabalu-Putatan dan sebaliknya.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, lapan penumpang kereta api cedera ringan manakala pemandu lori berkenaan tidak cedera.

Kereta api tiga gerabak itu dalam perjalanan dari Stesen Kereta Api Tanjung Aru, di sini membawa penumpang yang kebanyakannya kakitangan kerajaan yang baru pulang kerja ke Stesen Kereta Api Papar, kira-kira 70 km dari sini.

Kereta api milik Jabatan Kereta Api Negeri Sabah (JKNS) itu dikatakan baru meninggalkan stesen berkenaan pada jam 5 petang dan dipercayai bergerak pada kelajuan antara 40 hingga 50 km sejam tetapi pemandunya dipercayai gagal memberhentikan kenderaan itu kerana agak hampir dengan lori berkenaan.

Ia menyebabkan kepala dan gerabak pertama kereta api itu tergelincir ke kanan landasan sebelum hangus manakala lori itu terputus dua dengan bahagian kepala dan tangkinya terpisah kira-kira 10 meter di kiri dan kanan landasan.
Penumpang yang panik terpaksa memecahkan cermin kereta api dan melompat keluar bagi menyelamatkan diri daripada api yang menjulang setinggi kira-kira 30 meter.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kejadian dipercayai berpunca akibat pemandu lori membelok ke kiri jalan untuk melintasi landasan sebelum membawa bahan api itu ke sebuah stesen minyak, kira-kira 300 meter dari tepi landasan.

“Pemandu lori dipercayai gagal mengesan kereta api berkenaan tetapi sempat melompat keluar dari kenderaannya sejurus sebelum kenderaannya dirempuh kereta api," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Jurucakap JKNS berkata, kejadian menyebabkan kepala kereta api seberat kira-kira 60 tan itu tergelincir ke kanan landasan manakala gerabak depan hangus.

Katanya, lintasan kereta api berkenaan dibuat pihak tertentu secara haram, menyebabkan tiada pintu di landasan berkenaan.

Beliau berkata, kereta api itu baru dibeli JKNS dari China mula beroperasi sejak Februari lalu selepas dihentikan selama lima tahun berikutan projek menaik taraf landasan berkenaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu, berkata bomba yang menerima panggilan pada jam 5.38 petang menghantar lima jentera dengan 35 anggota ke tempat kejadian dan api berjaya dipadamkan kira-kira jam 6.45 petang.


Penumpang terpaksa pecah cermin selamat diri

KOTA KINABALU: “Saya duduk di gerabak pertama. Tiba-tiba saya dengar dentuman dan disusuli letupan kuat. Saya nampak api menjulang di sebelah kanan tingkap kereta api. Saya dan penumpang lain terpaksa memecahkan cermin untuk melompat keluar.

“Kami takut kereta api meletup. Bagaimanapun saya bersyukur kerana tiada penumpang yang maut atau cedera parah,” luahan penumpang kereta api, Irwan Shamsuddin, 29.

Menceritakan detik cemas itu, Irwan yang bertugas sebagai anggota Jabatan Pertahanan Awam di bandar raya ini, berkata sebelum kejadian, beliau terdengar bunyi amaran kereta api tetapi tidak menyangka akan merempuh lori itu.

“Saya fikir pemandu kereta api hanya memberi amaran kepada orang yang melintas landasan. Bagaimanapun, selepas dentuman dan letupan itu, saya nampak api menjulang kira-kira 30 meter,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Penumpang, Razmi Jaafar, 37, berkata ketika kejadian beliau dan penumpang di gerabak pertama baru bergerak meninggalkan Stesen Kereta Api Tanjung Aru, dekat sini ke Papar pada jam 5 petang.

“Baru setengah jam bergerak meninggalkan stesen itu tiba-tiba saya terdengar letupan kuat dari arah depan. Saya nampak api menjulang. Saya dan penumpang lain terpaksa memecahkan tingkap untuk melompat keluar.

“Saya dan penumpang lain berebut-rebut keluar. Saya sempat menyelamatkan beberapa penumpang yang lain,” katanya.

Pemandu lori, Pauleh Dausun, 45, berkata ketika menghampiri landasan itu, ada sebuah kenderaan pacuan empat roda di depannya melintasi landasan.

“Saya dengar bunyi hon tetapi menyangka ia dari treler atau kenderaan lain di jalan. Saya hanya menyedari kereta api apabila ia sudah terlalu dekat. Saya cuba menekan pedal minyak. Kepala lori berjaya melepasi landasan tetapi tangki lori tersangkut di landasan.

“Saya terpaksa melompat keluar. Sejurus meninggalkan lori, saya terdengar dentuman dan disusuli dengan letupan kuat,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, beliau yang tidak cedera bersyukur kerana terselamat dalam kejadian itu.

Saksi kejadian yang hanya ingin dikenali sebagai Liza berkata, ketika kejadian beliau yang memandu kereta baru keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dan terlihat lori berkenaan melintasi landasan tanpa ada sebarang tanda pemandunya ingin memberhentikan kenderaannya.

“Tiba-tiba saya nampak kereta api itu terus merempuh bahagian tangki lori itu. Letupannya kuat. Api menjulang tinggi,” katanya
ANGGOTA bomba mengawal kebakaran selepas kereta api merempuh lori tangki di Petagas, semalam.

NAHAS kereta api merempuh lori tangki di Petagas semalam menyebabkan kesesakan teruk
Seorang penumpang kereta api yang cedera diberi bantuan

Terima kasih daun keladi
sudi baca blog saya ni (^^,)

The Manhattan FISH MARKET

Assalamualaikum

Perasan kaya untuk makan di sini .. kalau bukan sebab beli ..

..

..

..

..



 takde groupon mesti kiteorang takkan jejak ke tempat makan tu..
[share bayar 1/2 hehe]


Best ker seafood kat bandar ni??

master chef!!


abaikan makluk yang tidak dikenali!! 

boleh tiru ni!! cantik dia susun sudu+garpu

Tropical breeze Mocktails + Chowder [sedap giler]

Giant Fried Platter [boleh makan 4 orang]

masa untuk mamam .. nyam2

akhirnya:- ni jela yg tinggal .. klau boleh bungkus kan best .. hehe

kesimpulan cerita:-

Kalau nak makan tempat-tempat macam di atas, sila pastikan perut anda kosong @ lebih senang dalam keadaan berbunyi..
Hasil pengalaman sendiri, kalau pergi perut dh kenyang nanti buat membazir duit jer..
"se sen duit yang dibayar ibarat setitik peluh aku bekerja!!"



 Jemput semua click:-


1.please click here 
2.movie Tintin
3.sape rasa2 yg menang MasterChef
4.tengok Man Utd


terima kasih daun keladi (^^,)
suka baca?? jom follow me ..

Jom Skodeng Mandi!!

Assalamualaikum

Di pagi minggu yang aman damai ini,,best kalau buat projek memandikan haiwan peliharaan .. hehe .. apa lagi kalau bukan kucing kesayangan Aki Adam [Tam&Ning]

Maafkan mak su* ye!! hehe
(*mak su = panggilan utk i di kg)

jilat jgn tak jilat!!

marah ke hitam...!!


macam2 aksi

oOo bile dh bersih ..  kenapa pergi duduk kat sampah!!

buat muka ye Ning

apa yang penting? kerjasama .. jilat bulu!!

hitam nak makan ye??
hitam sabar ye..mak su g gaul nasi+ikan bilis..nyam2

moral of the story:-
kena mandi slalu baru tak berbunyi bising dalam bilik air.. hehehe [gelak jahat]

Suka tak?? klik di sini 
Nak tgk movie?? click here
Master chef?? klik DI SINI
Minat Man Utd?? click HERE


terima kasih daun keladi (^^,)
kalau suka .. jom follow me !!

Fight Animal Cruelty!!


Assalamualaikum

Hai kawan-kawan
Pernah tak tengok gambar kucing kat bawah ni??

thanks Mama Hero

Mashi dah ada Buku Nota Hero [jelez x] hihi
disamping membeli boleh beramal jugak..
kalau berminat click here & here


sumber:- Papa Hero
 
~~Al-Kisahnya Aku Dan Hero~~

Pada satu hari di bulan Mei 2005 pukul 2pm di satu tempat ( saya baru sahaja berpindah ke tempat ini ), saya telah singgah di sebuah kedai runcit untuk membeli air. Setibanya di kedai, saya ternampak ada sekumpulan orang telah berkerumun di depan kedai tersebut. Apabila saya menjengah, saya ternampak HERO terbaring tanpa kaki hadapan dan dalam keadaan yang tercungap-cungap. Juga terdapat darah yang banyak keluar dari tempat lukanya.


Saya sempat bertanya kepada tuan kedai apa kena dengan kucing ini? Tuan kedai tu cakap dia pun tak tahu. Lepas itu, ada seorang budak lebih kurang umur peringkat awal sekolah menengah mencelah dan berkata dia ternampak ada seorang lelaki yang menaiki kereta telah membuang HERO di tepi longkang berhampiran dengan kedai runcit tersebut sambil berkata kucing ni bawak sial, selalu curi makanan kat kedai dia. Ini menunjukkan HERO didera di tempat lain dan dibuang di tempat lain.


Tanpa berlengah, saya terus ambil HERO dan masukkan ke dalam bakul motor untuk dibawa pulang. Aku sempat balut dia dia dengan jaket motor aku untuk hentikan pendarahan, Malangnya, aku tak cukup wang untuk membawa HERO ke klinik. Pada saya, kalau dia nak mati, biarlah di rumah saya...saya tawakal jer ketika itu...saya terkilan kerana tak dapat merakam keadaan HERO pada masa itu kerana pada tahun 2005 handphone berkamera masih baru diperkenalkan dan harganya agak mahal. Aku pula baru sahaja 2 minggu bekerja dengan company baru ni. Aku tak mampu nak beli handphone berkamera. Aku hanya memakai hanphone NOKIA 3310 pada waktu itu. Ketika itu, aku masih bujang. Tambahan pula wang perlu dikumpul untuk perkahwinan aku yang bakal menjelang 3 bulan lagi ( Ogos 2005 )


Lepas sebulan lebih merawat HERO, dia semakin pulih ( saya pun hairan ) dan dengan gaji pertama saya, saya gunakan untuk membeli handphone berkamera Sony Ericsson K700i. Cara saya merawat HERO saya tak nak ceritakan di sini sebab saya tak nak ingat lagi perkara tu. Tak tau berapa banyak air mata aku dah keluar. Jadi, klip yang anda lihat selama ni menunjukkan lukanya sudah hampir sembuh. Aku agak terkilan sebab tak dapat rakam lukanya pada peringkat awal. Aku cerita skitlaa keadaannya....Keadaannya macam ayam golek. Dia tak boleh baring ke kiri dan ke kanan. Kejap2 bergolek...kejap2 bergolek... Buang air besar dan kecil mengiring..nak letak dalam kotak salah, nak letak kat lantai pun salah...last2 aku letak atas tilam bujang...hu hu hu...tilam tu aku da buang da....


So, selepas HERO sembuh sepenuhnya, begitulah keadaannya seperti yang anda tonton dalam klip itu hingga sekarang. Sebenarnya, ceritanya panjang lagi dan aku tak nak ingat lagi kisah tu. Tak penting pun. Sedih lagi ade la..



...ok abis dah... 
my name is Hero!!

Kepada yang berminat dengan cerita 'Hero' boleh datang ramai2 'like' KakimotongFanClub 

Terima kasih daun keladi (^^,)

happy?? click here & here 


jom ramai2 tolong lepaskan 
"anak burung"  

Sunday 30 October 2011

Blog [SC] Follower Giveaway

Assalamualaikum..

Kalau free boleh la cuba sama-sama ^^, 
mashi jumpa blog SC di blog Ben Ashaari.. kepada blogger baru macam mashi, mesti nak tambah rakan jadi boleh pergi ke sana..

special request:- m.edeqq paloma  & kak ummi jom joint mashi masuk contest ni... (^-,)

Giveaway Banner


Apa yang kawan-kawan kena buat?
  1. Follow blog SC ni. Kalau tak follow makne nye tak join ye :p
  2. Letakkan banner Giveaway SC ni dekat entri korang.(kalau boleh terus
    buat link image sebab senang orang nak join).
  3. Buat satu entri pasal giveaway SC ni bertajuk:"Blog [SC] Follower Giveaway"
  4. Linkkan entri anda ke ke entri GA ni.
  5. Tagged 2 orang rakan blogger dan pastikan dorang tau yang dorang di tag.
  6. link blog SC "http://shah-cyber.blogspot.com" dalam bloglist.
  7. Tinggalkan komen beserta link entri korang :)
  8. Pemenang akan dipilih secara rawak.
  9. Hadiah Akan Diberitahu Nanti.


jom meriahkan contest ni..klik sini




Saturday 29 October 2011

Trans Studio Bandung

:-sambungan cerita dari sini
Assalamualaikum

Kali ini tak banyak nak diceritakan sebab tempat di pergi untuk window shopping.
Layan gambar-gambar dulu kawan-kawan (^^,)

TRANS STUDIO BANDUNG
( Satu lokasi dengan Bandung Supermal / BSM )
Jl. Gatot Subroto 289 Bandung - 40273
Telepon : 022 - 9109 9999
Fax : 022 - 9109 9998
untuk maklumat lanjut:- Trans Studio Bandung

Baru nak masuk

Tak mesra pun orang2 di kaunter informasi ni!!

uuu dasyat!!
opah & gorila

ingat btol2 org tadi..

cantik..susunan dia


murah lagi Langkawi
abaikan yg baji hijau tu ye
opah & aki

terima kasih daun keladi ..
kalau suka jom follow blog ini ..
(^^,)

Friday 28 October 2011

Petrosains, Suria KLCC

Assalamualaikum :)

Kali terakhir masuk Petrosains masa rombongan Sekolah Agama Rakyat Mempaga 2, kalau tak silap tahun 1998 .. Banyak perubahan yang dilakukan .. Jom cuci mata dan kurangkan stress kerja ..


Serba sedikit tentang Petrosains:-


Petrosains adalah Science Discovery Centre yang menggunakan pendekatan yang menyeronokkan dan interaktif untuk memberitahu cerita sains dan teknologi industri petroleum. Konsep dan kandungannya berkisar khusus di seluruh sains petroleum dan umum tentang sainsSemua pendekatan yang diguna pakai oleh Petrosains meletakkan penekanan terhadap  keseronokan pembelajaran dan bukannya pada menghafal fakta-fakta saintifik yang rapi.


Petrosains ditempatkan di dalam bangunan tertinggi di dunia, Menara Berkembar Petronas, Kuala LumpurBerada di Aras 4 dan 5 kedua-dua Tower 1 dan Tower 2 Menara Berkembar, Petrosains meliputi kawasan pameran jumlah lebih daripada 70,000 kaki persegi. Pintu masuk ke Petrosains adalah melalui Aras 4 pusat membeli-belah Suria KLCC. Pusat membeli-belah tersebut boleh diakses melalui pelbagai mod pengangkutan awam.


Petrosains Sdn. Bhd. Telah diperbadankan untuk melanjutkan komitmen PETRONAS sebagai warga korporat yang bertanggungjawab dari segi sosial dalam menyediakan persekitaran yang kaya dan merangsang bertujuan untuk meningkatkan celik sains dan menanamkan minat  rakyat Malaysia keghairahan untuk mendapatkan pengetahuan saintifik. Di samping itu untuk membuka tetingkap maklumat mengenai sejarah dan pembangunan petroleum dan produk yang berkaitan, pusat ini juga mewujudkan lebih banyak kesedaran mengenai peluang-peluang kerjaya yang besar dalam industri.

Untuk maklumat lanjut:- Petrosains

Luas Petrosains ni

Sebelum pergi, please check promosi yang Petrosains tengah buat .. boleh dapat diskaun 15% .. click here

tak mahal .. berpatutan dengan ilmu yang kite dapat

nampak tak arus elektrik kat tangan?

tak dapat jumpa .. ambil gambar sama-sama pun jadilah ..


ilusi mata

masa itu emas

hp dulu-dulu

waAa besar nyer..
 Banyak info-info menarik untuk pembelarajan kanak-kanak ..




hai .. nama saya 'T-Rex' ..


taman purba

kanta pembesar

(^^,)


Seksyen ini ada gempa bumi .. huhu ..








syok giler .. ada jugak rama-rama nak hinggap ..


Seperti di Pelantar Minyak




nampak tak apa2?








siapa pandai?? tolong lengkapkan ayat nie..

kalau kaya boleh la shopping sini ye kawan-kawan ..

kawan-kawan yang pernah pergi .. jom kongsi pengalaman di sini (^^,)